Wednesday, June 22, 2011

Big 3 Di Ipoh

Ya, jangan ingat EPL saja yang ada istilah-istilah BIG ini. Ipoh pun sebenarnya ada BIG yang tersendiri yakni BIG 3.

Big 3 di Ipoh selalunya merujuk kepada 3 buah sekolah missionarya atau mubaligh atau nama jalanannya sekolah orang putih. Sebab apa dinamakan sekolah orang putih ialah sebab ianya dibuka oleh orang putih yang selalunya orang kuat gereja.

Methodist ACS



Ditubuhkan pada 31 Julai 1895 menjadikannya antara sekolah tertua di Ipoh. Letaknya di Jalan Lahat dan merupakan antara sekolah pertama di Malaysia yang ada kolam renang, gimnasium dan gelanggang badminton.

Sebagai sebuah sekolah mubaligh dan methodist, hanya lelaki dibenarkan belajar di sekolah ini dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5. Bila dah masuk Tingkatan 6 barulah ada pelajar perempuan yang lazimnya datang dari Sekolah Perempuan Methodist atau nama glamernya MGS (Methodist Girl School).

Antara yang paling best belajar di Methodist ACS ialah dalam jadual waktu sekolah ada slot 'Kelas Renang'. Dan kalau dulu-dulu setiap petang Rabu awek-awek MGS akan datang ke ACS untuk berenang. Petang Rabu ni memang waktu paling sesuai untuk buat alasan stay back konon nak study kat perpustakaan tapi sebenarnya mengintai awek MGS berenang.

Anderson



Ditubuhkan pada 6 Februari 1909 dan terkenal di seluruh Malaysia sebagai sekolah hoki yang power sebelum wujudnya sekolah sukan macam Bandar Penawar atau Bukit Jalil. Terletak di Jalan Hospital dan betul-betul berdepan dengan Hospital Besar Ipoh atau nama sekarangnya Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Macam ACS juga, sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki sehingga ke Tingkatan 5. Antara bekas-bekas pelajar yang power dari sekolah ini macam Megat Junid Megat Ayob, Tajol Rosli, Samy Vellu, Ahmad Boestamam dan Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai kartunis Lat.

Anderson pernah dijadikan lokasi untuk penggambaran filem terakhir arahan arwah Yasmin Ahmad iaitu Talentime.

St Michael



Pada tahun 1912 Reverend Father JB Coppin telah membeli sebidang tanah di Kampung Pisang. Tujuan beliau membeli tanah bukanlah kerana hendak berkebun pisang tetapi membuka sekolah adanya. Tanggal 4 Disember 1912 lahirlah St Michael.

Sama seperti ACS dan Anderson, St Michael adalah sebuah sekolah khusus untuk budak lelaki sahaja. Antara kebanggaan St Michael ialah persatuan pengakap mereka yang dikenali sebagai 02 Kinta dan merupakan pengakap paling steady dalam Malaysia. Selain dari itu sekolah ini antara segelintir sekolah di Malaysia yang ada menawarkan sukan golf kepada para pelajar.

Macam Anderson, St Michael juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahan Yasmin Ahmad iaitu Sepet dan Gubra. Agaknya kalau Yasmin Ahmad tak meninggal lagi mungkin ACS pun dah jadi lokasi penggambaran.

Hari ini semua Big 3 ini diiktiraf sebagai sekolah elit di Perak dan merupakan antara yang terbesar dari segi jumlah pelajar. Dan macam biasa, sebagai Big 3 ketiga-tiga sekolah ini selalu bermusuhan antara satu sama lain baik dari segi akademik, sukan atau pun berebut awek sekolah MGS, Main Convent, Tarcissian, Ave Maria dan sebagainya. Sekolah Sri Puteri kat Jalan Sungai Pari diorang tak layan sebab awek kampung katanya.

13 comments:

  1. sebab sekolah tak ada padang. kami selalu pinjam padang anderson.

    ReplyDelete
  2. nasib baik St Michael ada... kalau taaaakkk...!

    : ex-Michaelian

    ReplyDelete
  3. Dr. Ben,

    St Michael tu saja letak buat pelengkap senarai ;)

    ex-ACSian

    ReplyDelete
  4. haha. betul tu brader luci..

    tapi acs dah tak berapa nak ok. dah masuk dlam skolah blacklist dekat IPD. ari jumaat bukan bawak2 pegi sembahyang. bawak2 pegi railway gaduh.

    ex-ACSian.

    ReplyDelete
  5. bukan sekolah acs, bukan anderson, bukan jugak st micheal.

    tapi budak sekolah menengah kebangsaan ulu kinta. 3 kilometer dari tanjung rambutan. 3 kilometer jugak kot dari tambun.

    ReplyDelete
  6. sial ko hine sekolah seri puteri..akak aku sume skolah situ kot..hahaha....

    ReplyDelete
  7. mengurat bdk2 MGS, Main Convent, Tarcissian, Ave Maria tu btol sgt la tu.
    Lpas tu ada gossip2 dlm skolah.
    Lpas tu gado.
    Mcm pelir. haha!

    p/s: dak2 laki skolah2 ni biasa kalo nmpk pompuan msti jd cm beruk. sbb rare.

    ex-Andersonian

    ReplyDelete
  8. Tpi kan ANXP, aq gk yg mentain cool... ape ke jadahnye nk rebut awek, bior awek rebut... bru RARE...hhahahahahaha mengkeme2 skalian Ipoh, smoga mike sume srononk di Ipoh...aq udoh rindu bebenor kt IPOH...tumpo rasa nye kalo x pekena nasi ganja...tuan blogger, aq harap jgn lupa post tentang NASI GANJA JLN YANG KHALSOM...

    EX-ANDERSONIAN!!!

    ReplyDelete
  9. sekolah kebangsaan & menengah dato' ahmad said.
    Terletak didalam kg manjoi, dibina pada tahun 1991.Disebabkan prasarana yang tidak lengkap pada tahun 1991-1998 pelajarnya hanya dari darjah 1 hingga tingkatan 3, selepas itu barulah diupgrade sehingga tingkatan 5. Di sekolah ini pelajar lelakinya jarang beperangai beruk apabila bertemu perempuan kerana mereka mempunyai stok yang mencukupi.

    ReplyDelete
  10. Assalam. De entri sket pasal blog ni.

    Sile terjah: Menggamit Memori

    TQ

    ReplyDelete
  11. padang anderson cantik eh? macam stadium2 kelab bpl.

    ReplyDelete