Wednesday, September 22, 2010

The Las Vegas of food

Sumber Dari Google. Subjek utama tak kenal. tapi pekerja di belakang tu namanya Wendy.

Dikenali sebagai Vegas di Ipoh, kedai yang berkonsepkan satu malaysia ini telah beroperasi sejak atuk kepada encik hilmi ibrahim muda remaja .

Makanan yang selalunya menjadi santapan saya dan rakan-rakan bila berkunjung ialah asam laksa dan wantan  mee disulam dengan air tebu atau kopi ais. Mengancam!

kepada yang was-was untuk makan di sini. Jangan risau. Pork tidak disediakan .

Sunday, September 19, 2010

Posto Merdeka


Poskad ni umur dia 53 tahun.

Penerima poskad ni gua tak dapat baca, nampak macam nama orang cina.

Yang penting tengok address tu:

Atas : Anderson Road

Bawah : Leech Street

Anderson Road mana ada dah sekarang, kalau cari jugak mampos la tak jumpa..Anderson Road telah bertukar ke nama lain iaitu Jalan Raja Muda Musa. Sama juga halnya dengan Leech Street, sekarang nama Leech Street ni dah tukar jadi Jalan bandar Timah.

Ok, gambar kat bawah ni pulak restoran Ayam Taugeh (feveret bangsa Tiong haa) yang terletak di Cowan Street ( sekarang nama dia jadi Jalan Raja Ekram).


Foto berusia kira kira 60 tahun.

Orait, gambar bawah ni pulak ialah sambutan Hari Merkeda yang ke - Pertama pada tahun 1957. Sambutan ni di adakan di Ipoh Padang.



p/s: kredit gambar pada:

ate, inile bazaar bulat tu..

kerna bangunan bersejarah ini, blog ini di cipta.

tqvm kepada mohd. fairus b isaak atas sumbangan gambo

Dari Lambor pegi ke Bote....


Kepada pemilik ic 08, jangan kata tak pernah dengar lagu ni...

Nak kene latam?


p/s: Lagu tema kenduri kahwin di sekitar negeri Perak.

Saturday, September 18, 2010

Stesen Keretapi Ipoh

ini gambar stesen keretapi ipoh tahun 1917. jangankan kata teman, ayoh teman pun idok lahir lagi masa tu.

tahun 1917 pun dah besor nih, tahun 2017 tak tahu la besor mana ye dok? nak banding dengan stesen keretapi kuala lipis?

huh! sekarang pun tak terlawan weih!!

Friday, September 17, 2010

Nasi Ganja

Salah satu makanan kegemaran penduduk-penduduk Ipoh. Terletak di Jalan Yang Kalsom, berhampiran Balai Polis Pekan Baru -- Restoran Yong Suan. Diusahakan oleh mamak-mamak berkaliber semenjak turun temurun (menurut ayah saya, semenjak daripada 50-60an lagi). Disarankan menikmati Nasi Ganja ini bersama teh ais atau soya bean yang disediakan oleh nyonya, apek dan amoi berbangsa cina yang berkemungkinan keturunan Encik Yong Suan.

Okey, saya terpaksa berhenti menulis kerana lapar melihat gambar di bawah (sebenarnya malas). Moh ke Nasi Ganja!

SALAM KENAL

Salam,

Blog ini dibina pada asasnya setelah beberapa dari anak Ipoh (atau Perak?) bercerita tentang Bazaar Bulat. Betapa Bazaar Bulat, sebuah bangunan premis perniagaan yang unik telah hilang menjadi mangsa pemodenan.

Tanpa gambar, tanpa sebarang dokumentasi yang betul, Bazaar Bulat tinggal menjadi kenangan yang terpahat di dalam kepala masing-masing.

Bila time raya tahun-tahun mendatang, bila kami berkumpul dan mengimbas kenangan Bazaar Bulat, anak-anak kami hanya mampu bertanya, "apa tu Bazaar Bulat abah?"

Bagaimana hendak kami ceritakan di situ tempat kami shopping baju sekolah sebelum akil baligh dulu, atau memetik chord entah apa-apa di studio muzik tingkat satu? atau apa-apa saja pengalaman masing-masing di Bazaar Bulat.

Tapak Bazaar bulat sekarang jadi kawasan lapang, untuk parking kereta.

Lantas sebelum satu persatu kenangan dan sejarah Ipoh (dan Perak amnya) yang pernah menjadi sebahagian dari saksi kehidupan kami, tercipa Superkinta sebagai ruang dokumentasi, syok sendiri dan kalau berjaya, menyumbang sedikit proses dokumentasi sejarah negara.

Sekadar tidak mahu esok-esok, anak-anak kami akan tanya "Jubilee Park tu apa benda ayah?"

Apakejadah aku tulis macam nak hantar dokumen tender kerajaan ni?