Friday, September 17, 2010

SALAM KENAL

Salam,

Blog ini dibina pada asasnya setelah beberapa dari anak Ipoh (atau Perak?) bercerita tentang Bazaar Bulat. Betapa Bazaar Bulat, sebuah bangunan premis perniagaan yang unik telah hilang menjadi mangsa pemodenan.

Tanpa gambar, tanpa sebarang dokumentasi yang betul, Bazaar Bulat tinggal menjadi kenangan yang terpahat di dalam kepala masing-masing.

Bila time raya tahun-tahun mendatang, bila kami berkumpul dan mengimbas kenangan Bazaar Bulat, anak-anak kami hanya mampu bertanya, "apa tu Bazaar Bulat abah?"

Bagaimana hendak kami ceritakan di situ tempat kami shopping baju sekolah sebelum akil baligh dulu, atau memetik chord entah apa-apa di studio muzik tingkat satu? atau apa-apa saja pengalaman masing-masing di Bazaar Bulat.

Tapak Bazaar bulat sekarang jadi kawasan lapang, untuk parking kereta.

Lantas sebelum satu persatu kenangan dan sejarah Ipoh (dan Perak amnya) yang pernah menjadi sebahagian dari saksi kehidupan kami, tercipa Superkinta sebagai ruang dokumentasi, syok sendiri dan kalau berjaya, menyumbang sedikit proses dokumentasi sejarah negara.

Sekadar tidak mahu esok-esok, anak-anak kami akan tanya "Jubilee Park tu apa benda ayah?"

Apakejadah aku tulis macam nak hantar dokumen tender kerajaan ni?

8 comments:

  1. Tercipa tu menatang apa? Kalau dokumen tender kerajaan memang sah kena tolak

    ReplyDelete
  2. Tercipa?, macam lucah juga tu..penunggu setia bazaar bulat geng2 metal..Bentara salah sorang, nnti gua tanya kalau dia ada simpan apa2 artifak berguna.

    ReplyDelete
  3. kalau dapat korek lebih deep lagi..macam asal usul ipoh versi takde dalam buku sejarah SPM contohnya..mungkin lebih rare..

    ReplyDelete
  4. Salam.
    SYJ studio... yup... penah dengar... penah lalu... tapi tak penah masuk.. :)

    ReplyDelete
  5. belakang loken, mmg nostalgik bgi gua,
    tapak nasmir ayahpin tu.

    aku dulu 1st time pigi naik bas jer..
    perggg, kenangan2.

    ReplyDelete
  6. ya,belakang lokin dan bazar bulat memang nostalgia.ada satu lagi tempat kat pasir putih nama dia pekan cendawan.situlah mini jubilee park dan jangan lupa pasaraya ANGEL

    ReplyDelete