Thursday, June 16, 2011

Tronoh - 2

Selagi belum ada nama Tronoh kat header atas ni, selagi tu teman tak update!

Ajenye ye!

Saturday, June 11, 2011

Asal-Usul Ipoh

Nama Ipoh adalah berasal dari pokok Ipoh.

Macam Melaka jugaklah. Tapi yang tak samanya adalah, orang Ipoh terror main bola. Orang Melaka haram tak pandai, tu yang duduk Liga FAM tu.

Celaka, punyalah takde orang nak update, sampai gua kena buka jugak cerita ni.

Wednesday, February 2, 2011

Tronoh

Tak banyak pos di blog ini. Dan aku sendiri pun tak pernah letak pos dalam blog ini sebelumnya.

Kenapa?

Sebab 'header' blog kat atas tu tak letak nama Tronoh. Jadahnya weih!

Sunday, November 7, 2010

Kopi Putih Ipoh

Adalah tidak sah sekiranya  kedai-kedai kopitiam tempatan ni tak memperkenalkan Ipoh white coffee di kedai-kedai mereka. tapi kenapa mesti ipoh? bukan kopi negeri atau daerah lain?  Atenye yong sebab sedap lah weh!

Kaedah penggorengan kopi Ipoh membabitkan mentega yang menjadikan kopi Ipoh punya rasa lemak-lemak yang best dan mungkin disebabkan mentega, kopi ipoh menjadi putih seperti penduduk-penduduk Sungai Rokam. (Jayzuan orang Simpang Pulai)

 di yakini mentega yang digunakan tidak menggemukan. Jadi jangan risau. Nikmati secawan kopi putih Ipoh dengan tenang dan relaks ok!

Friday, November 5, 2010

ketika negeri terengganu baru nak ada panggung wayang, bandaraya ipoh dah ada 60 tahun lebih awal..

sebelum wujudnya tgv di kinta city dan gsc di ipoh parade, bandaraya ipoh telah mempunyai 4 panggung wayang.



tapi kini semua panggung ni dah jadi kedai runcit tak pun kedai baju.

harap pihak dbi prihatin dengan bangunan-bangunan rare sebegini. jangan bagi ianya terus musnah.

takkan nanti kita nak cerita pasal tgv je kat anak cucu? rupe hawo!

Wednesday, October 20, 2010

kalau amerika ada superman, ipoh ada super kinta

ape ke hei senyap je blog ipoh ni.

elokle teman wat entry taknak bagi nampak blog ini rupe tanah kubor. sunyi bebenor.

kat bawoh ni, teman letakkan gambo super kinta. sempena nama blog ni.

saja nak bagi peringat ke orang. takut-takut mike udoh lupe. ye le, super kinta ni kan udoh ruyup.